Imej Football Club Internazionale Milano

Kit S.S. Ambrosiana

Salah satu penubuh kelab Inter, Giogio Muggiani yang juga merupakan seorang pelukis telah dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk logo pertama Inter pada tahun 1908. Reka bentuk pertamanya telah menggabungkan perkataan "FCIM" dan diletakkan di tengah bulatan lambang. Elemen-elemen asas reka bentuk ini kekal berterusan walaupun unsur-unsur yang lebih halus telah diubahsuai sejak beberapa tahun. Bermula musim 1999-2000, lambang asal kelab telah dikurangkan saiznya untuk memberi tempat penambahan nama dan tahun penubuhan kelab (1908) itu di bahagian atas dan bawah logo.

Sejak penubuhannya pada tahun 1908, Inter memakai kit berjalur biru hitam. Dikatakan hitam mewakili malam manakala biru pula dipilih untuk mewakili langit.[23] Jersi berjalur biru hitam ini membolehkan Inter mendapat nama samaran Nerazzurri.[24] Walau bagaimanapun pada era sebelum Perang Dunia Kedua, Inter dipaksa untuk meninggalkan pakaian biru hitam mereka. Pada tahun 1928, nama dan falsafah Inter yang dibuat oleh pemerintah Parti Fasis menyebabkan pasukan Inter menjadi resah. Sebagai keputusannya, Inter menukar namanya kepada Unione Sportiva Milanese malah kitnya juga ditukar menjadi Società Sportiva Ambrosiana.[25] Kit yang ditukar itu berdasarkan bendera Milan (salib merah berlatakarkan warna putih) menggantikan warna tradisional mereka iaitu biru dan hitam.[26] Selepas Perang Dunia Kedua sekali gus runtuhnya kuasa Fasis, kelab ini kembali menggunakan nama dan warna asalnya semula. Pada tahun 2008, Inter meraikan ulang tahun ke-100 penubuhannya dengan mereka jersi baru iaitu salib merah seperti jersi Inter yang digunakan ketika rejim Fasis. Jersi ini dipakai untuk bermain di tempat lawan. Jersi ini terus dipakai sehingga musim 2009-10.

Haiwan juga digunakan untuk mewakili mana-mana kelab bola sepak di Itali. Inter menggunakan ular rumput dan ia dipanggil Il biscione atau Serpente bagi mewakili Inter. Ular merupakan simbol penting bagi kota Milan kerana ia terdapat dalam heraldik Milan. Simbol ini terkenal kerana ia terdapat dalam lambang Kerabat Sforza (kerajaan yang memerintah Itali dari Milan ketika zaman Renaissance), kota Milan, Duchy Milan (sebuah negeri dalam Empayar Suci Rom dan Insubria (sebuah wilayah bersejarah yang merangkumi Milan). Untuk musim 2010-11, jersi pelawat Inter menampilkan corak ular di bahagian lengan.